Adakah kita sudah bersedia menghadapi musibah?

Assalamualaikum…w.b.t

Selamat datang ke blog perniagaan Etiqa Takaful saya. Laman ini bukanlah laman rasmi syarikat takaful Etiqa ya..cuma nak berkongsi maklumat dan pengalaman tentang bidang perniagaan yang baru saya ceburi. Sebenarnya dah hampir 6 bulan buat bisnes ni, yang berjalan secara hangat-hangat tahi ayam je..sehingga hari ini baru 2 kes saya close..Alhamdulillah!

Berbalik pada tajuk entri yang saya pilih. Sebenarnya lebih ditujukan pada dari saya sendiri. Entah bila musibah akan menimpa kita, siapa boleh jangkakan musibah itu bila dan di mana nak berlaku. Kalaulah kita ada firasat @ gerak hati bila musibah nak berlaku, alangkah bagusnya kita pun boleh bersiap sedia menghadapinya.

Inilah yang membuatkan saya sedar dan belajar iaitu tentang pengurusan risiko. Apa maksud Pengurusan Risiko ni? Pengurusan Risiko adalah satu aspek penting dalam Perancangan Kewangan. Ia memberi keselesaan dan kelegaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, paling tidak ianya boleh mengurangkan bebanan akibat berlaku risiko tersebut. Pengurusan Risiko yang paling praktikal ialah menggunakan Pelan Takaful kerana ia menepati Hukum Syariah.

Apa yang menarik saya tentang takaful ini, ia bukan sahaja sesuai pada orang Islam sahaja malah bukan Islam pun sudah mula tertarik dengan produk-produk yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat takaful di Malaysia. Manakan tidak, konsep Islam itu sendiri yang diterapkan dalam takaful amat jelas..tiada unsur judi, riba’ dan gharar (ketidaktentuan). Jika nak dibandingkan dengan insuran konvesional banyak cacat celanya.

Oklah, banyak pula yang nak dibicarakan dalam entri mula ni..akhiran, bermulanya kerjaya sebagai perunding takaful part-time ini..semoga perjalan bisnes saya akan merubah kehidupan saya kepada yang lebih baik selepas ini, InsyaAllah..wassalam..

Mohd Firdaus Mohd Suhani

Perunding Etiqa Takaful

(Putrajaya/Bangi/Kajang/KL/Muar)

11/12/2008

6.01 pm

Explore posts in the same categories: Utama

Tags: ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: